article, banci 2020,

Sejarah Pelaksanaan Banci di Malaysia

azmi azmi Follow Jan 14, 2020 · 2 mins read
Sejarah Pelaksanaan Banci di Malaysia
Share this

Statistik adalah nadi kepada perancangan dan pemantauan polisi yang mana indikator yang dihasilkan dapat digunakan untuk mengukur kemampanan pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Profil penduduk adalah asas kepada dasar utama antaranya Dasar Kependudukan, Dasar Perumahan, Dasar Pendidikan, Dasar Kesihatan dan Dasar Keselamatan serta pencapaian ke arah Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (Sustainable Development Goals) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Dalam usaha penyediaan ini, aktiviti utama untuk penghasilan indikator adalah melalui Banci Penduduk dan Perumahan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) pada 7 Julai 2020, merupakan banci keenam yang akan dilaksanakan di negara ini. Antara objektif pelaksanaan Banci 2020 adalah:

  1. Mengumpul data yang komprehensif berkaitan stok penduduk dan perumahan negara pada tahun 2020;
  2. Menjadi input perancangan pembangunan negara;
  3. Menjadi input penanda aras baharu dalam penyediaan indikator sosioekonomi seperti KDNK per kapita dan Sustainable Development Goals (SDG); dan
  4. Menjadi asas Anggaran dan Unjuran bagi Penduduk dan Tempat Kediaman.

Jika diimbas kembali, beberapa siri Banci Penduduk telah dilaksanakan di Malaysia dalam dua (2) fasa, iaitu sebelum dan selepas Pembentukan Malaysia seperti berikut:-

Fasa 1: Pelaksanaan Banci Penduduk Sebelum Pembentukan Malaysia.


Tahun 1891:

Banci pertama diadakan yang meliputi Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Borneo Utara (Sabah).


Tahun 1911:

Banci Penduduk yang turut meliputi Negeri Melayu Tidak Bersekutu.


Tahun 1947:

Banci bagi Negeri Sarawak.


Tahun 1957:

Banci Penduduk terakhir oleh Kerajaan British dan meliputi Persekutuan Tanah Melayu sahaja.


Tahun 1960:

Pelaksanaan Banci Penduduk di Sabah dan Sarawak.

Image of Yaktocat

Fasa 2: Pelaksanaan Banci Penduduk Selepas Pembentukan Malaysia.


Tahun 1970:

Banci Penduduk dan Perumahan yang pertama bagi Malaysia. Pelaksanaan bancian Perumahan pada 27 Julai 1970 dan bancian Penduduk pada 25 Ogos 1970.


Tahun 1980:

Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan kedua. Perumahan pada 17 Mei 1980 dan Penduduk pada 11 Jun 1980.


Tahun 1991:

Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan ketiga pada 14 Ogos 1991.


Tahun 2000:

Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan keempat pada 5 Julai 2000.


Tahun 2010:

Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan kelima pada 6 Julai 2010.


Join Newsletter
Get the latest news right in your inbox. We never spam!
azmi
Written by azmi Follow
Real INTEGRITY is doing the right thing as your first priority.