article, banci2020,

Pendekatan Dan Mod Pembancian

azmi azmi Follow Jan 20, 2020 · 3 mins read
Pendekatan Dan Mod Pembancian
Share this

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA

Hari Banci telah ditetapkan pada 7 Julai 2020 (Selasa) iaitu satu hari yang dianggap sebagai tarikh rujukan bagi kiraan penduduk. Tempoh pembancian bermula dari 7 hingga 20 Julai 2020. Ia dijalankan ke atas semua orang di tempat tinggal biasa mereka pada Hari Banci iaitu merujuk kepada mereka yang telah atau akan tinggal sebagai ahli biasa Isi Rumah ini bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2020.

Terdapat dua pendekatan yang biasanya digunakan dalam pelaksanaan Banci iaitu pendekatan de jure (in Law) dan de facto (in Fact). Bagi pendekatan de jure, maklumat setiap penduduk dipungut mengikut tempat tinggal biasa mereka pada Hari Banci. Manakala, pendekatan de facto maklumat seseorang dihitung mengikut tempat di mana mereka berada pada Hari Banci.

alt text

Di Malaysia, secara tradisinya Banci menggunakan pendekatan de facto untuk penghitungan penduduk. Percubaan telah dibuat dalam Banci 1980 dan 1991 untuk mendapatkan kiraan penduduk secara de jure sebagai tambahan kepada de facto yang digunakan. Didapati bahawa kiraan penduduk secara de jure adalah lebih tinggi daripada kiraan de facto iaitu kira-kira dua peratus bagi Banci 1980 dan kira-kira lima peratus bagi Banci 1991. Pelaksanaan Banci 2020 menggunakan pendekatan de jure iaitu maklumat setiap penduduk (warganegara dan bukan warganegara) dipungut mengikut tempat tinggal biasa mereka pada Hari Banci.

Mod Pembancian.

Terdapat lima (5) mod pembancian yang akan digunakan pada Banci 2020, iaitu:-

Paper Questionnaire with Face-to-face Interview (PAPI)

Kaedah ini merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat Tempat Kediaman untuk melakukan proses temu ramah secara bersemuka kepada responden dan mencatatkan maklumat yang diperoleh di dalam borang soal selidik.


Computer Assisted Personal Interview (CAPI)

Kaedah pengumpulan data secara CAPI merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat Tempat Kediaman dan melakukan proses temu ramah responden dengan merekodkan maklumat responden secara online dan offline menggunakan tablet atau telefon pintar.


Computer Assisted Telephone Interview (CATI)

Kaedah ini, pembanci akan membuat temu ramah melalui telefon dan semua maklumat responden akan direkodkan dalam sistem CATI.


Drop-off & Pick Up (DOPU)

Kaedah ini Pembanci akan meninggalkan borang soal selidik (drop off) di Tempat Kediaman pada Hari Banci dan Pembanci akan mengambil semula borang soal selidik (pick up) yang telah diisi oleh responden. Pelaksanaan mod pembancian ini adalah fleksibel bagi kawasan bandar dan luar bandar dengan mengambil kira kemudahan sedia ada di kawasan berkenaan.


e-Census

Kaedah e-Census adalah pengisian soal selidik secara atas talian oleh responden melalui pautan Portal Banci dan Stats Geoportal (http://ecensus.mycensus.gov.my/). Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui portal yang disediakan. Mod pembancian melalui e-Census amat digalakkan bagi memberi keselesaan dan kesesuaian masa kepada responden.


Pendekatan dan Mod Pembancian

BANCI PENDEKATAN MOD PEMBANCIAN
1970 de facto PAPI
1980 de facto & de jure PAPI
1991 de facto & de jure PAPI
2000 de jure PAPI
2010 de jure PAPI, DOPU, dan e-Census
2020 de jure PAPI, CAPI, CATI, DOPU dan e-Census

Ujian Pengetahuan Anda

ukkdosm

Join Newsletter
Get the latest news right in your inbox. We never spam!
azmi
Written by azmi Follow
Real INTEGRITY is doing the right thing as your first priority.