article, dialog,

OPR-cut 2020 in Economic Recovery

najmi najmi Follow Feb 25, 2020 · 3 mins read
OPR-cut 2020 in Economic Recovery
Share this

The overnight policy rate (OPR), Apakah OPR?

OPR adalah kadar faedah di mana bank meminjamkan ke bank lain, yang ditetapkan oleh BNM. Kadar ini memberi kesan kepada pekerjaan negara, pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Ia merupakan penunjuk kepada kesihatan ekonomi dan sistem perbankan keseluruhan negara.

Mengapa BNM mengurangkan OPR?

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM, OPR dikurangkan sebagai “langkah awal untuk menjamin pertumbuhan trajektori pertumbuhan di tengah-tengah kestabilan harga”. Untuk tahun 2020, BNM menjangkakan pertumbuhan meningkat secara beransur-ansur, dengan sokongan daripada perbelanjaan swasta dan peningkatan eksport. Juga diharapkan aktiviti pelaburan akan merekodkan “pemulihan sederhana”.

Cabaran pekerjaan dalam pasaran

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di negara ini pada suku keempat 2019 menurun kepada 3.2 peratus berbanding 3.3 peratus pada suku ketiga. Turut dilaporkan bilangan penduduk bekerja yang berpendidikan tertiari meningkat 3.5 peratus kepada 4,430.2 ribu berbanding 4,281.6 ribu pada suku keempat 2018.

Insentif pengambilan pekerja yang dibangunkan menerusi program Malaysia @ Work adalah persiapan negara dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada bakat sedia ada dan generasi akan datang. Peruntukan sebanyak RM6.5 bilion disediakan untuk Malaysia @Work dalam tempoh lima tahun akan datang, selain memberi peluang belajar dan mewujudkan kerjasama dengan beberapa kementerian,”
- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

“Dalam memperihalkan kedudukan keseluruhan permintaan buruh sektor swasta bagi suku keempat 2019, bilangan jawatan di sektor swasta meningkat 119 ribu kepada 8.7 juta jawatan (ST4 2018: 8.5 juta). Kadar jawatan diisi adalah 97.7 peratus manakala kadar kekosongan 2.3 peratus, dengan bilangan kekosongan direkodkan sebanyak 198 ribu.”
[Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin - KENYATAAN MEDIA BAGI STATISTIK GUNA TENAGA, SUKU TAHUN KEEMPAT, 2019]

Pertumbuhan Ekonomi

“KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Q4 2019 berada pada kadar 3.6 peratus yang sangat rendah dan mengheret kadar pada 2019 kepada 4.3 peratus. Ini adalah kadar pertumbuhan terendah dalam 10 tahun, penurunan daripada 4.7 peratus pada 2018. Dalam masa terdekat, kita akan menghadapi masalah pada Q1 (suku pertama) 2020 berikutan pengeluaran minyak sawit yang rendah dan koronavirus.
- Ahli Parlimen Subang, Wong Chen

Kerajaan dijangka mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada bulan Mac yang bertujuan membantu industri tempatan bagi merancakkan semula ekonomi.

“Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bertumbuh 3.6 peratus daripada 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya. Malaysia mengalami prestasi ekonomi yang sederhana pada suku tahun ini. Pada keseluruhan tahun 2019, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.3 peratus (2018: 4.7%) dengan nilai RM1.42 trilion pada harga malar dan RM1.51 trilion pada harga semasa.”
[Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin - KENYATAAN MEDIA PRESTASI EKONOMI MALAYSIA PADA SUKU TAHUN KEEMPAT 2019]

Inflasi

Recessionary sentiment reduced menyebabkan rakyat Malaysia terus berhati-hati dengan kewangan mereka, dengan 85% pengguna mengatakan bahawa mereka telah menyesuaikan kebiasaan perbelanjaan mereka untuk menjimatkan perbelanjaan isi rumah. Khususnya pada Q4 2019, 46% rakyat Malaysia berkata “sekarang adalah masa untuk membeli perkara yang mereka mahukan dan perlu”, sedikit penurunan daripada 53% dalam tempoh yang sama tahun lepas. hies-byyear2

Walau bagaimanapun, OPR-cut secara umumnya dilihat sebagai langkah positif bagi ekonomi negara.

References:

Join Newsletter
Get the latest news right in your inbox. We never spam!
najmi
Written by najmi Follow
Love to explore new ideas and empowering +Emotional Intelligence for better future!