BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA
Hari Banci telah ditetapkan pada 7 Julai 2020 (Selasa) iaitu satu hari yang dianggap sebagai tarikh rujukan bagi kiraan penduduk. Tempoh pembancian bermula dari 7 hingga 20 Julai 2020. Ia dijalankan ke atas semua orang di tempat tinggal biasa mereka pada Hari Banci iaitu merujuk kepada mereka yang telah atau akan tinggal sebagai ahli biasa Isi Rumah ini bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2020.
Terdapat dua pendekatan yang biasanya digunakan dalam pelaksanaan Banci iaitu pendekatan de jure
(in Law) dan de facto
(in Fact). Bagi pendekatan de jure
, maklumat setiap penduduk dipungut mengikut tempat tinggal biasa mereka pada Hari Banci. Manakala, pendekatan de facto
maklumat seseorang dihitung mengikut tempat di mana mereka berada pada Hari Banci.
Di Malaysia, secara tradisinya Banci menggunakan pendekatan de facto
untuk penghitungan penduduk. Percubaan telah dibuat dalam Banci 1980 dan 1991 untuk mendapatkan kiraan penduduk secara de jure
sebagai tambahan kepada de facto yang digunakan. Didapati bahawa kiraan penduduk secara de jure
adalah lebih tinggi daripada kiraan de facto
iaitu kira-kira dua peratus bagi Banci 1980 dan kira-kira lima peratus bagi Banci 1991. Pelaksanaan Banci 2020 menggunakan pendekatan de jure
iaitu maklumat setiap penduduk (warganegara dan bukan warganegara) dipungut mengikut tempat tinggal biasa mereka pada Hari Banci.
Mod Pembancian.
Terdapat lima (5) mod pembancian yang akan digunakan pada Banci 2020, iaitu:-
Paper Questionnaire with Face-to-face Interview (
PAPI
)
Kaedah ini merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat Tempat Kediaman untuk melakukan proses temu ramah secara bersemuka kepada responden dan mencatatkan maklumat yang diperoleh di dalam borang soal selidik.
Computer Assisted Personal Interview (
CAPI
)
Kaedah pengumpulan data secara CAPI merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat Tempat Kediaman dan melakukan proses temu ramah responden dengan merekodkan maklumat responden secara online dan offline menggunakan tablet atau telefon pintar.
Computer Assisted Telephone Interview (
CATI
)
Kaedah ini, pembanci akan membuat temu ramah melalui telefon dan semua maklumat responden akan direkodkan dalam sistem CATI.
Drop-off & Pick Up (
DOPU
)
Kaedah ini Pembanci akan meninggalkan borang soal selidik (drop off) di Tempat Kediaman pada Hari Banci dan Pembanci akan mengambil semula borang soal selidik (pick up) yang telah diisi oleh responden. Pelaksanaan mod pembancian ini adalah fleksibel bagi kawasan bandar dan luar bandar dengan mengambil kira kemudahan sedia ada di kawasan berkenaan.
e-Census
Kaedah e-Census adalah pengisian soal selidik secara atas talian oleh responden melalui pautan Portal Banci dan Stats Geoportal (http://ecensus.mycensus.gov.my/). Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui portal yang disediakan. Mod pembancian melalui e-Census amat digalakkan bagi memberi keselesaan dan kesesuaian masa kepada responden.
Pendekatan dan Mod Pembancian
BANCI | PENDEKATAN | MOD PEMBANCIAN |
---|---|---|
1970 | de facto | PAPI |
1980 | de facto & de jure | PAPI |
1991 | de facto & de jure | PAPI |
2000 | de jure | PAPI |
2010 | de jure | PAPI, DOPU, dan e-Census |
2020 | de jure | PAPI, CAPI, CATI, DOPU dan e-Census |