article, stats & data,

Hari Statistik Negara

azmi azmi Follow Jan 04, 2020 · 2 mins read
Hari Statistik Negara
Share this

United Nations General Assembly (UNGA) telah mengisytiharkan Hari Statistik Sedunia disambut pada 20 Oktober 2010. Seterusnya, Hari Statistik Sedunia Kedua disambut pada 20 Oktober 2015 dan diraikan setiap lima tahun pada 20 Oktober. Sambutan Hari Statistik Sedunia di Malaysia telah disambut mulai 2010 dengan mengadakan aktiviti yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

Buat julung kalinya pada tahun 2017, Hari Statistik Negara telah diisytiharkan dan disambut secara tahunan pada setiap 20 Oktober bermula pada 20 Oktober 2017. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengadakan sambutan Hari Statistik Negara pada tahun 2017 dan 2018 dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun tersebut. Sambutan pada tahun 2019 telah dirancang dengan sebaiknya memandangkan DOSM juga dalam persediaan penganjuran ISI WSC 2019 pada 18 – 23 Ogos 2019.

Di samping itu, penganjuran sambutan My Stats Day 2019 pada kali ini juga diadakan Sambutan Ulang Tahun ke 70 Jabatan Perangkaan Malaysia.Tahun 2019 pelengkap kepada sejarah penubuhan 70 tahun DOSM sebagai sebuah entiti penjana statistik negara. Lembaran sejarahnya bermula dengan tertubuhnya Biro Statistik di bawah peruntukan Ordinan Statistik tahun 1949 (Statistics Ordinance) iaitu melalui penggabungan Seksyen Perangkaan Pusat Pendaftar Perdagangan, Jabatan Kastam dan Seksyen Perangkaan, Jabatan Pertanian. Biro Statistik yang diketuai oleh seorang Pendaftar Statistik (Registrar of Statistics) berperanan untuk menjalankan tugas-tugas pungutan, pemprosesan dan penerbitan perangkaan yang berkaitan dengan data perdagangan luar negeri dan pengeluaran tanaman di estet. Melalui fungsi tersebut, bermulalah era pengurusan pengumpulan data yang komprehensif secara berpusat.

walking DOSM telah mencatat sejarah tersendiri pada kali ini, di mana Sambutan Hari Statistik Negara 2019 pada 20 Oktober 2019 telah diadakan di luar Lembah Klang iaitu di Dewan Jubli, Bandar Muar, Johor Darul Ta’zim. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan dihadiri oleh YAB. Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal, Menteri Besar Kerajaan Johor. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd. Uzir bin Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Saiful Anuar bin Lebai Hussen, Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga dihadiri oleh YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Muar.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang sambutan Hari Statistik Negara 2019 seperti berikut:

  • Debat Statistik (Sekolah)
  • Pertandingan Infografik (Sekolah)
  • DOSM Fun Cycle
  • Program Bual Bicara TV
  • Sesi Literasi Statistik Bersama Komuniti dan Sekolah
  • Slot Bual Bicara di stesen Radio, TV & Media Cetak
  • Kembara Statistik Sempena WSC dan Sambutan 70 Tahun DOSM
  • Bacaan Yassin Perdana - seluruh Bahagian & DOSM Negeri
  • Forum Perdana Hal Ehwal Islam (27 Jun 2019) sempena 70 tahun DOSM
  • Majlis Kesyukuran 70 Tahun DOSM (27 Jun 2019)
  • Berjalan sambil mengutip sampah - STATS Plogging
  • Sukan Statistik Kebangsaan
  • Sukan Inter Agensi
  • Hari Keluarga DOSM
  • Program Corporate Social Responsibility
  • FITDOSM Perdana
  • Buku Pencapaian 70 tahun DOSM
  • Stats Prom Nite Sambutan 70 Tahun DOSM
  • Tawau Statsrun
  • Karnival Statistik@Sabah
  • Food Hunt

Sambutan Hari Statistik 2020 pada tahun ini akan diadakan bersekali dengan Sambutan Hari Statistik Sedunia pada 20 Oktober 2020. Justeru itu, perancangan yang lebih rapi adalah dijangka bagi merealisasikan sambutan ini dengan lebih meriah dan memberikan penuh makna. walking

#MyStatsDay2020 #BetterDataBetterLives #MyCensus2020

Join Newsletter
Get the latest news right in your inbox. We never spam!
azmi
Written by azmi Follow
Real INTEGRITY is doing the right thing as your first priority.