article,

[1 Feb 2021] Selamat Hari Wilayah Persekutuan - Pendataan Wilayah

azmi azmi Follow Feb 01, 2021 · 1 min read
[1 Feb 2021] Selamat Hari Wilayah Persekutuan - Pendataan Wilayah
Share this

Wilayah persekutuan di Malaysia merangkumi tiga wilayah, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.


Diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan:

  • Kuala Lumpur: 1 Februari 1974
  • Labuan: 16 April 1984
  • Putrajaya: 1 Februari 2001

Saiz keluasan tanah (Jumlah: 384 km²):

  • Kuala Lumpur: 243 km²
  • Labuan: 92 km²
  • Putrajaya: 49 km²

Jumlah Penduduk (Anggaran semasa Tahun 2020)

  • Kuala Lumpur: 1.8 juta
  • Labuan: 99.6 ribu
  • Putrajaya: 110.0 ribu

Bilangan warganegara (Anggaran semasa 2020)

  • Kuala Lumpur: 1.5 juta
  • Labuan: 90.6 ribu
  • Putrajaya: 107.2 ribu

Purata Pendapatan Isirumah (2019):

  • Kuala Lumpur: RM13,257
  • Labuan: RM 8,319
  • Putrajaya: RM12,840

Penengah Pendapatan Isirumah (2019):

  • Kuala Lumpur: RM10,549
  • Labuan: RM6,726
  • Putrajaya: RM9,983

Bilangan penduduk bekerja (2019):

Kuala Lumpur:

male Lelaki: 487,600 female Perempuan: 353,400

Labuan:

male Lelaki: 26,200 female Perempuan: 14,100

Putrajaya:

male Lelaki: 17,800 female Perempuan: 20,300


Kadar Pengangguran (%) (2019):

Kuala Lumpur:

male Lelaki: 2.6 female Perempuan: 2.7

Labuan:

male Lelaki: 8.0 female Perempuan: 4.8

Putrajaya:

male Lelaki: 0.6 female Perempuan: 1.7


Keluaran Dalam Negeri Kasar per Kapita (2019):

  • Kuala Lumpur: RM129,472
  • Labuan: RM77,798
  • Putrajaya: -

Bilangan Kelahiran Hidup (2020):

  • Kuala Lumpur: 27,036
  • Labuan: 1,665
  • Putrajaya: 2,314

Bilangan Kematian (2020):

  • Kuala Lumpur: 8,819
  • Labuan: 296
  • Putrajaya: 209

Bilangan Perkahwinan (2020)

  • Kuala Lumpur: 11,371
  • Labuan: 626
  • Putrajaya: 448

#StatsMalaysia #BanciMalaysia2020 #DataAndaMasaDepanKita #YourDataIsOurFuture

Rujukan:

Join Newsletter
Get the latest news right in your inbox. We never spam!
azmi
Written by azmi Follow
Real INTEGRITY is doing the right thing as your first priority.