GAMSO merupakan satu model yang menerangkan dan mentakrifkan aktiviti yang berlaku dalam organisasi statistik biasa. Ia meluas dan melengkapi Generic Statistical Business Process Model (GSBPM) dengan menambah aktiviti tambahan yang diperlukan untuk menyokong pengeluaran statistik. Hal ini kerana, GSBPM merupakan sebahagian aktiviti daripada GAMSO, di mana saling melengkapi antara satu sama lain ke arah pengeluaran statistik rasmi. Model GAMSO juga terbahagi kepada 4 bahagian iaitu strategi dan kepimpinan, pengurusan keupayaan, sokongan korporat dan pengeluaran.
Secara keseluruhannya, elemen di dalam model ini juga merupakan framework untuk menyokong aktiviti kerjasama antarabangsa, terutamanya dalam bidang pemodenan. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai alat untuk membantu menilai kesediaan organisasi untuk melaksanakan aspek pemodenan yang berbeza, dalam konteks cadangan "Modernisation Maturity Model"
.